FAIL MEJA KETUA PANITIA BAHASA MELAYU

1.         LATAR BELAKANG


            Kurikulum adalah agenda utama dalam sesuatu sistem pendidikan.  Urusan utama atau “core-bussiness” sesuatu organisasi pendidikan ialah memastikan pelaksanaan kurikulum berjalan dengan sistematik.  Nadi pelaksanaan sistem kurikulum ialah panitia subjek.  Pengurusan panitia yang cekap berteraskan TQM akan mewujudkan satu sisstem pengurusan panitia yang berkualiti.

 

            Manual pengurusan panitia yang didokumenkan boleh membantu Ketua Panitia dan ahli-ahlinya menggerakkan panitia dengan cekap dan sistematik.  Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja yang didokumenkan merupakan panduan kerja dan manual rujukan kepada guru berpengalaman dan guru baru.  Ketua Panitia yang baru dilantik akan dapat merujuk senarai tugas dengan adanya Fail Meja yang lengkap dan kemaskini.  Fail Meja merupakan dokumen rujukan fungsi dan tugas Ketua Panitia.

 

            Memandangkan Fail Meja Ketua Panitia yang terkini amat diperlukan untuk kelicinan dan keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran khususnya di Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan, yang sentiasa berusaha mencapai prestasi cemerlang dan bertaraf dunia, maka Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil langkah untuk menerbitkan Fail Meja Ketua Panitia.

 


Dengan itu, diharapkan Fail Meja ini akan dapat memantapkan lagi pengurusan panitia di peringkat sekolah.  Pengurusan panitia yang cekap dan mantap akan meningkatkan kualiti keputusan peperiksaan awam dan dalam perspektif nasional meningkatkan lagi pengeluaran sumber manusia negara yang berkualiti.


2.         OBJEKTIF KETUA PANITIA


2.1.            OBJEKTIF UMUM

2.1.1        Menyelaras kegiatan pengajaran dan pembelajaran panitia masing-masing.

 

2.1.2        Mempertingkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran di dalam panitia.

 

2.1.3        Meningkatkan pengurusan dan pentadbiran panitia dan kerjasama dengan panitia lain.

 

2.1.4        Membangunkan kemahiran R & D di dalam panitianya.

 


2.2.            OBJEKTIF KHUSUS

2.2.1    Mewujudkan satu sistem kawalan dan penyelenggaraan

            kurikulum yang berkesan.

2.2.2    Untuk menimbulkan rasa kesedaran dan tanggungjawab di

            kalangan guru tentang perlunya penyelarasan kurikulum dalam

            proses pengajaran dan pembelajaran.

2.2.3    Untuk melahirkan guru-guru SMKA yang cekap, dedikasi dan

            bertanggungjawab bagi menghasilkan prestasi yang tinggi dan

            mencapai objektif penubuhan SBP.

 

2.2.4    Merealisasikan hala tuju SMKA

(i)                  Lulus 60%  9A PMR

(ii)                Lulus 100% dalam semua mata pelajaran SPM

(iii)               Memastikan prestasi setiap mata pelajaran adalah berkualiti untuk mencapai target (13 A1 dan 50% 50% 61A ke atas).

 


AHLI JAWATANKUASA PANITIA


Pengerusi                      :           Ketua Panitia

 

Naib Pengerusi :           Ketua Panitia Menengah Rendah

 

Setiausaha                    :           Guru (dilantik secara bergilir-gilir di kalangan Ahli Panitia)

 

Ahli                              :           Semua Guru Mata Pelajaran

 

  

5.         SENARAI TUGAS UTAMA KETUA PANITIA

 5.1              KURIKULUM

5.1.1        Mendapatkan sukatan pelajaran terkini

 

5.1.2        Penyediaan rancangan pengajaran tahunan

 

5.1.3        Penyediaan rancangan pengajaran bersama

 

5.1.4        Kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran

 

5.1.5        Kepelbagai teknik mengajar

 

5.1.6        Kepelbagian program pengayaan dan pemulihan

 

5.1.7        Penggunaan BBM dalam P & P

 

5.1.8        Meningkatkan koleksi BBM hasilan panitia

 

5.1.9        Memperbanyakkan koleksi BBM yang dibeli

 

5.1.10    Menyelaras soalan ujian bulanan

 

5.1.11    Menyelaras soalan peperiksaan penggal

 

5.1.12    Post mortem dan tindakan susulan peperiksaan

 

5.1.13    Menyemak buku latihan pelajar

 

5.1.14    Memberi kursus dalaman

 

5.1.15    Bimbingan untuk ahli panitia baru

 

5.1.16    Pelaksanaan program khas kemahiran belajar

 

 

5.2       PENGURUSAN


5.2.1        Pemilihan buku teks dan rujukan

 

5.2.2        Pencerapan

 

5.2.3        Mesyuarat bulanan panitia

 

5.2.4        Pengajaran berpasukan (team teaching)

 

5.2.5        Mengurus jadual guru ganti

 

5.2.6        Mengadakan kursus dalaman

 

5.2.7        Guru ganti inter-panitia (jangka panjang)

 

5.2.8        Pemantauan aktiviti panitia

 

5.2.9        Mengadakan mesyuarat berkala dan “post-mortem”

 

5.2.10    Penyediaan dan pengawalan belanjawan

 

5.2.11    Pengawalan stok dan iventori

 

5.2.12    Penyeliaan kerja-kerja kursus pelajar

 

5.3              KO-KURIKULUM

5.3.1        Melaksanakan program/aktiviti persatuan berasas akademik

 

5.3.2        Menyertai pertandingan berkaitan panitia

 

5.3.3        Program lawatan sambil belajar

 

5.3.4        Membantu persatuan berasaskan akademik dalam kepakaran ikhtisas

 

5.3.5        Bekerjasama dengan persatuan-persatuan lain di sekolah

 


5.4              TUGAS-TUGAS LAIN

5.4.1        Mewujudkan kerjasama dengan PKG, PPD dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri

 

5.4.2        Mewujudkan kerjasama dengan Ketua Panitia di SMK yang lain

 

5.4.3        Mengemaskini data bilik gerakan sekolah

 


Make a Free Website with Yola.